hidup itu keliru, mati itu pasti
Mati. Takut sebenarnya nak tulis pasal mati ni. Kadang-kadang bukan setakat tulis, nak cakap pasal mati pun boleh buat meremang bulu roma. Kalau mak, memang pantang sangat cakap pasal mati. Dari kecil sampai sekarang, janganlah nak buat-buat lawak pasal mati ni. Mesti dia akan tegur. Pantang katanya. Suwey. Mati ni jangan sebut-sebut. Jangan mintak-mintak. Nanti malaikat aminkan, macam mana?
Kadang-kadang, memang boleh rasa lupa langsung yang mati tu pasti. Bukan main-main. Bukan hanya destiny bagi si tua. Bukan benda yang mustahil bagi si muda. Impossible bagi si sehat, cergas berseri. Macamlah mati tu kita yang tentukan. Macamlah mati tu ader peraturan. Ada had umur. Kita lupa. Kadang-kadang bukan lupa. Saja buat-buat lepas pandang. Kita mati bukan sebab penyakit. Tapi penyakit tu hanyalah penyebab kematian. Ada beza?
Saya takut nak tulis pasal mati. Saya akui, tahap keimanan sy belum sampai utk menginginkan mati. Saya masih si tikus. Takut mati, tapi masih melakukan perkara2 seperti org yg tak takut mati. Entahlah. Berjuta kali penyesalan. Dan berjuta kali juga saya memungkiri janji sy.
Berbicara tentang mati, membuatkan sy tiba2 teringat tentang satu puisi yg sy baca dr buku ‘mengingati mati’ di sekolah dahulu. Katanya,
Aku hairan dengan manusia yg percaya dengan hari kiamat, tapi masih bersuka ria
Aku hairan pada manusia yg percaya dengan qada’ dan qadar tapi masih berasa hampa
Aku hairan pada manusia yg membolak balikkan dunia, tapi masih berlapang dada
Astaghfirullah. Sy antara manusia yg selalu lupa. Sy antara manusia yg dikaitkan diatas. Tak tahulah kenapa…
Tapi posting IM yg lepas banyak menyedarkan sy kembali. Kerana pertama kalinya sy lihat dpn mata kepala sy sendiri bagaimana cardioversion dilakukan. Ianya lebih horror dr yg ditonton dlm Greys (yg mana alat cardiovert nya pon macam salah letak je. Haha). Sy berdiri, ingin melihat dan mengambil tahu. Dan dalam masa yg sama, rasa menyibuk kerana langsung tak dapat membantu. Dan hari itu bukanlah hari pertama saya terserempak dengan mayat2 yg diusung keluar dari ward 7 dan 8. Kita semua akan mati, bukan? Tak kira tua atau muda. Tiada exception.
Kata org, bekerjalah kita seakan kita akan hidup selama2nya. Dan beribadahlah kita seperti kita akan mati esok. Tapi entah kenapa, kan. Sering terperasan yg sentiasa akan ada lusa utk hari sy. Membuatkan ibadah itu senantiasa ditangguh2kan.
Kawan2, igtkan sy bila sy terlupa. Kerana sy insan yg sering terlupa. Sering berazam untuk berubah menjadi lebih baik, tapi lebih kerap tersasar semula.