Pernah tak bila terlihat seseorang yang mengingatkan kita bahawa dia memang dilahirkan untuk menjadi model? Slim, cantik, rambut natural rebonding, mata bulat, hidung mancung, tinggi 6 kaki ke atas. Easy word, perfect. Kadang-kadang membuatkan kita terfikir, kenapa ada yang dilahirkan begitu perfect dan ada yang tidak. Ada yang dilahirkan dengan begitu banyak kekurangan? Bibir sumbing, cacat anggota, terlebih anggota (khunsa contohnya), dan bermacam lagi yang dianggap sebagai kekurangan.
Pernah tak terbaca tentang genetic engineering, which, one of the so called ‘advantage’ is mak ayah boleh pilih gene anak dia. Nak mata bulat macam Drew Barrymore, bibir macam angeline jollie, hidung macam shah rukh khan, kening macam akshay khanna, dan bermacam-macam lagi feature yang boleh dipilih2 seperti membeli ikan di pasar. Semua dengan satu tujuan. Nak jadi cantik. Bukan setakat cantik, malahan cantik yang perfect!
Sudah menjadi trend, semua orang begitu fanatic untuk menjadi cantik. Sehinggakan permintaan untuk melakukan pembedahan kosmetik sudah menjadi seperti pembedahan appendic. Alhamdulillah masih terjaga di Malaysia, namun tiada bezanya dengan suntikan botox di sana sini. Adakah kita terfikir, bahawa apa yang Allah telah kurniakan kepada kita itu tidak cantik? Adakah kita sedang berusaha memodifykan apa yang kita anggap sebagai kekurangan dan ingin menyalahkan Dia kerana mengurniakan ‘kekurangan’?
Tahukah kita bahawa ciptaan Allah itu sendiri sudah begitu perfect. Contohnya, pada usia fetus 6 minggu, masih belum lagi berbeza anggota sex sama ada lelaki ataupun perempuan. Dengan hanya rembesan hormone pada ketika itu, yang akan menentukan jantina kandungan bayi dilahirkan. Sama ada lelaki, perempuan, atau kedua-duanya. Bayangkan perkembangan bayi yang sangat complex, di mana satu turutan pon tidak boleh tertinggal. Subhanallah, tak ke perfect namanya tu…
Mungkin juga ada yang mengungkit, kenapa dia tak cantik seperti si fulanah, tak sepandai si fulan, tak sekaya si fulan. Adakah maksudnya Allah tu tidak adil?
No comments yet.