bukan anak halal
Kisah ini hanyalah picisan dr kisah2 harian, yg ingin sy kongsikan agar dpt diambil ikhtibar. Bukan bermaksud membuka aib (pastinya identity yg terbabit dirahsiakan), tetapi sekadar mengisahkan semula sesuatu yg mungkin berguna kepada semua…
Antara tugasan ‘killer’ posting O&G ialah menghabiskan case presentation sebyk 10. Ke hulu ke hilir mengejar doctor, bersedia utk direject atau didgr case tersebut. Maka antara cara yg mudah utk kami mencari kes adalah ketika berada di klinik O&G specialist, isnin dan selasa. Berebut kes2 baru, clerk patient dan present kepada doctor.
Maka di suatu pg di clinic, sy didatangi patient 22 thn, unmarried, yg chief compainnya adalah amenorrhea(x dtg period) for 8 months duration. Kes ni refer dr klinik swasta yg agak famous, & dr surat tuh mengatakan pesakit disuspect menghidap polycystic ovarian syndrome (PCOS). Mungkin sy sudah agk bias bila sudah membaca surat tersebt, makanya soalan2 sy lebih terjurus kearah mengconfirmkan penyakit itu. Pastinya, period pesakit tersebut mmg irregular. Sejak baligh umur 12 thn, periodnya hanya datang 2 kali dlm setahun. Sy tanya, mengapa kali nih br dtg pergi klinik? Katanya, kerana dia juga perasan cepat rasa letih dan kali ni sudah agak lama tak dtg period dr yg biasanya.
Baiklah. Sy meneliti ciri2 yg boleh mengaitkan pesakit dgn PCOS. Mmg dia ada hirsuitism (bulu bdn lebat), mengaku perut ada rs kembung dan period yg sgt2 irregular. Selain tuh, dia juga ada mengadu muntah2 namun katanya ianya sejak lepas pembdahan sbb eksiden awal thn dulu. Mata dia cpt blur, dan lagi katanya… dia rs kat breast dia nmpak salur darah.
Kerana tiba2 sy rasa begitu byk pula sakitnya pesakit ini, sy mula mengabaikan sebahagian darinya. Mesti pesakit ni nosophobic (takut sakit), bisik hati sy. Tapi utk melengkapkan soalan, sy bertanya isu sensitive yg mmg susah tetapi wajib ditanya.
“maaf sy bertanya. Soalan ni mungkin sensitive siket. Tapi wajib tanya sbb cik dtg dgn tak dtg period kan… ada pakwe kan? Sy nmpk kat luar td..errr… Pernah buat ke? Maksudnya..pernah bersma?”
Dia lantas menggeleng. “eh takla…sy tak wat…”Baiklah. Lega sy. Lagipun tak mungkinla. Dia mmg kelihatan sepeti gadis yg baik2 saja. Betudung litup.bersopan santun. Sy sgt senang dgnnya. Maka sy hampir 98% yakin yg dia benar2 mengidap PCOS
Bila present case kat DR Han (He’s fr Myanmar), beliau pon turut sependapat dgn sy. Kami betul2 teruja utk melakukan ultrasound scan. Mengharap dpt melihat ovary yg berketul2 banyaknya. Sebaik sj baju diselak dan abdomen didedahkan, sy terus perasan perutnya agak tidak flat. Tapi takla distended sgt. Itu sj .tiada tanda2 lain.TIADA! Kami semakin yakin yg ‘mass’ itu adalah dr ovary
Sebaik sj scan diletak… sy Nampak tulang belakang. Oh tidak… sy & DR han saling berpandangan. SHE’S PREGNANT! Mungkin kerana sgt kelihatan muka kami berubah, pesakit bertanya. Cuak. Kenapa doctor? Ada apa? DR Han tanya kembali, “awk tak dtg period 8 bulan, awk tak tau lagi ke?” Dia menggeleng. Memandang sy menginginkan kepastian. Sy pula…
“DR han, show her the fetal heart. Maybe she’ll understand”
“ya…i’m looking for it”
Dan sebaik sj fetal heart dijumpai, Dr han pon berkata…”adik, ni jantung baby. Awak mengandung. Dah nak masuk lapan bulan. Awak tak pernah tau ke sebelum ni?”
Terperanjatnya dia, hanya Dia yg tau. Sy dpt kesan matanya sedikit berkaca. Sy terdiam sejak mengetahui kebenaran. Kecewa. Bengang. Kecewa ditipu. Kecewa mempercayai. Bengang dgn klinik swasta yg famous tuh sbb takkanla tak buat pregnancy test bila org mengadu tak dtg bulan. Bengang dgn diri sendri sbb letakkan pregnancy di list kedua. Marah dgn dr sendri sbb mengabaikan aduan2 yg lain yg sy kira hanyalah tak related. kecewa kerana begitu banyaknya kes anak luar nikah yg sy terpaksa jumpa.
Ya Allah Dr intan bazilah… she’s amenorhhea, vomiting, lethargy, has breast tenderness… what else it could be?Mungkin perubahan wajah sy begitu ketara, sehingga Dr Han menegur sy..
“its ok. Dun blame her. Dun judge her. U advice her wat to do after this”
Sy tersedar. Astaghfirullah.. DR han yg bukan islam pon boleh berkata begitu. Mmg xpatut sy judge dia. Maka selepas itu, sesi consultant dijalankan oleh sy memandangkan Dr han tidak begitu fasih berbahasa melayu. mungkin juga lebih sesuai dikatakan oleh saya yg seusia dan seagama dengannya…
“awak tau x apa nk buat lepas nih?”
“x.sy kene buat apa?”
“kandungan awak dh masuk 8 bulan. Lepas nih, pergi klinik, buat buku merah. Kalo nk privacy sket, kenela kumpul duit, pergi klinik swasta.”
“ohh..”
“sy mintak sgt2 nih.. walau apa pun, tolong jgn gugurkan baby nih. Dh 8 bulan, bahaya. Mcm mana awak nk bgtahu parent awak ni?”
“tak tahu. Entahlah… dahla nak raya..” mukanya cuak. Matanya berkaca semula…