dekatnya Dia…
Saya rindu. Rindu dengan sesuatu yg pernah sy kecapi dulu. Sesuatu yg sy x tersangka akan pernah dirasai. Dan rasa itu hilang sekembalinya sy ke sini. Sekembalinya sy ke dunia sebenar ini. sy rindukan kaabah. rindukan kedamaian di situ. rindukan ketenangan di situ. rindukan sahabat2 di situ.
membaca buku Tunggu Teduh Dulu tulisan penulisan kegemaran sy Faisal Tehrani, benar2 membuatkan sy rindu utk kembali ke situ. entah mengapa, bila kembali ke sini, hati terasa jauh dariNya, tidak seperti ketika berada di situ.
tp sy terlupa. Kaabah bukan perantara sy dan Dia. Sy tidak memerlukan kaabah utk rs dekat dengannya. Dekatnya Dia dgn hambaNya seperti dekatnya internal jugular vein dgn jantung kita. Dekatnya mulut dgn telinga kita. Dekatnya Dia… tiada jarak walau seinci pon daripada kita…
sy terlepas pandang. Sy buta. Sy si buta yg telah diberikan pancaindera sempurna. Tapi masih tidak dpt melihat. Kabur. Kelam. Gelap. Sy si gadis cengeng yg cepat menangis. Cepat mengadu, dan cepat meminta padaNya. Dan juga si gadis yg lambat menyedari betapa selama ini Dia sering memujuk sy. Sering melayan kerenah sy. Tak pernah biarkan sy terkapai2 keseorangan…
teringat bila sy tensen sgt2 hingga menitiskan air mata kerana stadi suatu tika dulu. Tiba2 bertalu2 panggilan dan SMS dari kwn2 baik sek men dahulu. Dari Jordan, indon, utp, usm… tiba2 mereka tergerak hati teringatkan sy dan bertanya khabar. Sahabat2 ini jugalah yg dulunya menjadi pendengar setia masalah sy, dan kini tiba2 masih menjalanka tugas yg sama. Siapa lagi yg menggerakkan hati mereka kalau bukan Dia?
Ketika kereta pinjaman sy mati di tgh jln gara2 kehabisan minyak di pukul 12.00 mlm. Tiba2 dtg 2 org jejaka yg budiman menolak kereta ke tepi jln, membonceng motor membelikan minyak serta membelanja. Siapa lagi yg menghantar mereka kalau bukan Dia? Igt lg tatkala lelaki itu bertanya, macam mana kalau sy tak tolong agaknya? Sy senyum je sambil menjawab, sy tau pasti akan ader pertolongan dr Dia. Encik adalah org yg baik yg Dia hantar utk membantu sy. dia terdiam dan akhirnya tersenyum
Serta ketika sy menangis sendirian di surau MOPD, kerana pagi2 lagi sudah dibasuh sedahsat2nya dengan nurse, kemudian pesakit dijaga utk conduct delivery dari awal pagi terpaksa dimasukkan utk c-sect, sambungan pesakit yg dijaga dari maghrib melewati malam juga dimasukkan utk c-sect kerana 2ndary arrest. Hampir tak terdaya sy menahan 1 hari itu. Sy menangis sesungguh2nya dlm hati, menahan sabar. Manahan rasa ingin putus asa.Tiba2 rezeki dtg tiba. 2 pesakit yg dtg entah dari mana tiba2 sudah fully, menanti org menyambutnya. Sy menyambut keduanya secara berturut2, hanya sempat berehat menukar glove yg baru. Mana lagi rezeki ini kalau bukan dari Dia.
Setianya Dia memujuk sy. Dan setianya Dia mengingatkan sy supaya tidak berputus asa. Setianya Dia menemani sy menjalani hidup yg sukar buat sy ini. Cuma selama ini sy terlepas pandang…