Mahu jadi SEMPURNA!

Filed under: Uncategorized — figuraa at 4:49 am on Saturday, June 14, 2008

Cuti yang agak panjang ini memang saya gunakan sebaik-baiknya untuk beristirehat. Menonton tv, membaca novel, bermain muzik, menjahit, serta segala perkara yang diidam-idamkan untuk dilakukan. Hidup tiba-tiba bertukar 360 darjah . Bak kata arwah Tan Sri P. Ramlee (sesuai dengan tema bulan seniman ini)… Dunia ini ana yang punya!

Namun tatkala keghairahan saya mahu mencipta rekod menonton tv tanpa henti, saya terus-terusan diganggu oleh suara-suara latar kakak saya. Mendengar segala rintihan hati, ujarnya. Maka dengan malas, saya berpura-pura meminjamkan telinga sambil mata masih tidak berganjak walau seinci menghayati lakonan Fahrin dalam siri drama Vice Versa. “Ko tengokla perempuan ni ila..Perfect! She got everything that women ever wanted!” … “nobody’s perfect”, jawab saya, malas. “but she is! Read this mag and look at her. She just so perfect!”, berapi-api kakak saya cuba meyakinkan saya. Tak cukup dengan nada suaranya yang begitu bersemangat, bahu saya ditarik-tariknya pula sambil dihulurkan majalah Eh! Yang baru dibelinya tadi. Dengan malasnya,tangan saya lambat-lambat menarik mag tersebut dan mata mula membarisi butir-butir di halaman mukasurat itu.

Tidak perlu habis ke ayat terakhir, hati saya sudah mula mengakui kata-kata kakak sulung saya itu. She is perfect. She has everything. Just everything! Smart, very beauty, already have anak 5 but the body is still ngam-ngam-soi. Bak kata orang-orang tua, macam anak dara! Lagi, punya suami yang sangat kaya. I mean it. Sangaaaat kaya. But the main thing is he treats and sayang dia seriously like a queen. And he’s perfectly romantic even dan bertahun lamanya kahwin. Until at the end of the article, when the writer ask what else that she doesn’t have? Dia hanya memandang jendela rumahnya yang berdepan dengan KLCC sambil berkata…saya mahu itu.

Hati saya terpana seketika. Rupa-rupanya kata-kata ‘nobody’s perfect’ itu wujud hanya untuk menyedapkan hati mereka-meraka yang tidak perfect seperti saya. Rupa-rupanya memang ada manusia yang perfect. Yang ada segalanya. Yang begitu sempurna. Permasalahan ini buat saya terpikir-pikir buat beberapa hari. Inilah masalahnya saya jika berdepan dengan sesuata yang begitu contradict dengan pemahaman saya sebelum ini. Mengapa ada orang yang begitu sempurna? Mengapa ada orang yang kurang sempurna, dan ada juga insan yang begitu tidak sempurna?

Tapi alhamdulillah.bingung-bingung kepala saya mencari jawapan akhirnya tejawab di suatu malam. Sesi YM bersama teman lama, Mr J akhirnya memberi serba sedikit petunjuk kepada persoalan yang susah payah fikiran saya reka. (terima kasih daun keladi!) Saya berasa tenang setelah satu persatu puzzle jawapan berjaya dicantumkan dan mula memberikan gambaran tentang hakikat sebenar kesempurnaan yang saya cari itu. Nyatanya, saya tidak ditipu dan tidak tertipu. Memang tiada yang siapa yang sempurna. Nobody’s perfect is still nobody’s perfect! Nyata kisah sempurna wanita yang saya baca itu hanyalah sempurna di mata saya. Dan mungkin juga sempurna di mata wanita-wanita yang lain. Nyata saya telah terlupa tentang erti kesempurnaan di mata Dia. Apalah gunanya ada segalanya jika tidak lengkap agamanya. Apalah guna sempurna serba serbi bila di sudut hati masih terasa ada yang kurangnya. Terasa kekurangan sesuatu dari Dia!

Dan saya mula memahami mengapa mereka-mereka yang dengan mata kasar saya lihat sebagai tidak sempurna (cacat anggota contohnya) begitu merasakan dirinya sudah cukup segalanya. Mungkin tidak sempurna, tetapi sudah cukup memadai. Mereka tidak berputus asa dengan hidup, malahan menggunakan segala yang Dia bagi seadanya semaksimum yang mungkin. Segala yang lebih dinikmati, dan yang kurang disyukuri.

Dan dari situlah datangnya kesempurnaan yang sebenar. (but still, nobody’s perfect!)

Rite?