Islam dan kesihatan
Ilmu itu hanya akan bermakna jika kita dapat mengaitkannya dengan kebesaran Allah.
Jika dilihat dari segi kesihatan, banyak perkara yang membuatkan saya terkaku seketika bila melihat betapa banyak persamaan yang cuba Islam tekankan dan hasilnya diperakui oleh saintis dunia dalam memelihara kesihatan. Pastinya mereka melihat ini hanya sebagai perkara kebetulan or ‘by chance’ sahaja demi memelihara keegoan mereka. Namun, terlalu banyak ‘kebetulan’ seharusnya tidak dianggap sebagai hanya kebetulan, bukan?
1. Bersunat
Hukum bersunat adalah wajib bagi lelaki Islam. Selain daripada bertujuan untuk memelihara kebersihan, kajian menunjukkan bahawa Penile cancer berkait rapat dengan mereka yang tidak bersunat. Dalam bersunat, lapisan luar pada glan (atau dipanggil ‘prepuce’) akan dibuang. Lapisan ini mengandungi kalenjar yang jika tidak dibuang, akan merembeskan ‘smegma’ yang akan berkumpul diantara lapisan prepuce dan glans of penis. (sorry ayat macam keling. Tatau camne nak interprate jadik mudah). Smegma ini akan menggalakkan pembiakan bacteria dan memudahkan untuk mendapat jangkitan kuman.
2. Tidur di atas lambung kanan
Di antara sunnah Rasulullah ialah tidur di atas lambung kanan. Kenapa di atas lambung kanan dan bukan kiri? Rupa-rupanya, jika kita tidur di atas lambung kiri, ianya akan memberikan tekanan kepada jantung kita yang anatomicalnya berada di bahagian kiri dada. Jika kita tidur di atas lambung kanan, tekanan terhadap jantung dapat dikurangkan. (mintak map, tak pasti ttg tidur terlentang. Maybe kene carik lagi. Tapi tak ke macam buruk perangai kalo tido terlentang? =P )
3. Jangan tidur selepas subuh
Antara yang ditekankan dalam kehidupan seharian ialah jangan tidur selepas Subuh. Selain sebab utamanya ialah ketika inilah pintu rezeki terbuka luas, pada waktu ini jugalah glucocorticoid akan dirembeskan paling banyak dalam tubuh kita. Glucocorticoid ini akan meningkatkan kandungan glucose (gula) dalam darah bagi digunakan sebagai tenaga. Namun, jika kita tidur waktu ini, gula yang dihasilkan hanya akan berkumpul dan tidak digunakan. Maka, akan memudahkan kita menjadi gemuk (haa…ni kira tips tanak naik berat badan la nih)
4. Haram berzina
Berzina berlaku apabila lelaki dan perempuan bukan mahram melakukan persetubuhan di luar perkahwinan. Banyak hikmahnya larangan berzina, namun yang jelas dari kesihatan menunjukkan pengharaman ini dapat mengelakkan penyakit yang disebarkan melalui seks (sexual transmitted disease). Antara penyakit yang disebarkan melalui cara ini termasuklah gonorrhoea, syphilis, trachomatis, HEP B & HEP C, dan yang paling ditakuti adalah AIDS (virus HIV). Sehingga kini masih belum lagi ditemui ubat bagi AIDS. Sedangkan dalam Islam ada menyatakan setiap penyakit itu Allah turunkan beserta ubatnya. Adakah ini menunjukkan kotradiksi dengan apa yang Allah janjikan? Pastinya tidak. Bukankah telah terbukti bahawa ‘sebaik-baik ubat adalah mencegahnya’. Sebab itu dinyatakan dalam Al-quran surah 17 bahawa “jangan MENDEKATI zina”.
5. Makan bila lapar, berhenti sebelum kenyang
Cara makan beginilah yang diamalkan dan disarankan oleh Rasulullah. Mengapa sehingga cara pemakanan pun ditekankan dalam Islam? Untuk pengetahuan semua, kebanyakan penyakit-penyakit utama pada hari ini adalah berkait dengan cara pemakanan. Sakit jantung, kencing manis, obesity, kanser payudara, batu karang, batu hempedu dan bermacam jenis penyakit lagi yang sememangnya bepunca dari pemakanan yang tidak sihat. Mengapa Rasulullah mengatakan berhenti sebelum kenyang dan bukan berhenti ketika kenyang? Sebenarnya badan kita mengambil masa beberapa minit (kira-kira 10 minit) untuk mengesan rasa kenyang. Kalau tak percaya, cuba buat. Kalau kita berhenti hanya ketika rasa kenyang, bemaksud sebenarnya kita dalam keadaan yang sangat kenyang. =P
Sebenarnya banyak lagi perkara yang boleh dibincangkan. Tapi disebabkan masa tak membenarkan (maklumlah, tengah bosan stadi week), maka 5 sahaja contoh yang diutarakan.Let us ponder together how great He is…