hatiku seperti laut

Filed under: Uncategorized — figuraa at 11:42 pm on Monday, February 26, 2007

Hatiku seperti laut

Imanku bak kaca

Bila diingatkan, teringat

Bila dibiarkan, terlupa

Cintaku pada ilmu hanyalah duniawi

Lupa tentang erti hakiki

Kemanisan iman hanya mampu kupelajari

Namun belum pernah kurasai

Tegasku tak pernah lama

Ajakan menggoda, terusku alpa

Maluku hanya sementara

Berbisik syaitan, robohlah jua

Umurku semakin tua

Namun ikhlas belumku jumpa

Taubatku sebentar, maksiatku sentiasa

Digamit dunia, lupaku tentang neraka

Ujian menimpa, baru kusedar erti hamba

Ajalku entah bilakan tiba

Bersediakah aku bila tiba masanya

Sayangkah lagiku pada dunia

Jika semuanya hanyalah ilusi semata

Islamkah aku hanya pada nama?

diet punya pasal

Filed under: Uncategorized — figuraa at 8:31 pm on Tuesday, February 13, 2007

I’m browsing my lattop at my journal folder. Suddenly stop at this journal yg agak buat aku terkekeh2 sendri. Haha…see at the old me during matrik with the very obsess determination to diet. Haihhhh….

——————————————————————————————————–

Met anum recently be4 dia fly balik US.

"eh taan,ko dh makin kurus la."

’erm.. nak buat macm mana..byk sgt dugaan…"

met wina time dia dtg ngan as utk pjm baju silat.

"eh taan, kurus arr ko skang.asal? byk problem ker?"

’tuhla..ko tak tau…’

but then, Got this conversation few days ago. The person tt I chated here is my old oversea’s friend, long lost communication…

<asim> I think u’r getting sweeter

<figuraa> am I?how could u know? ( nyeh3…mlebar dh senyum nih =p)

<asim> from the pic u sent 2 years b4. have u gotogim?

<figuraa> ?? huh?? Wut do u mean by ‘gotogim’?

<asim> u look overweight

<figuraa> is it? (wut? Wut the hell!!)

<asim> ya…

<figuraa> erm…but rite now I’ve lost few kilos laa…I’m getting slimmer u know….

<asim> send me ur new pic then I can tell…

<figuraa> dun got any new pic (eh sebokla mamat nih. suka ati aku laaa!!!)

….akis punya kenduri dh nak dekat…

…..baju aku dh siap tegantung..kalo tak muat….

…..habisla….

…..diet2…tak bleh jadi nih…sem nih plak tetiba berat naik balik.pnat2 turun mendadak dulu.abis baju2 yg aku jahit time kurus sket dulu sumer dah takleh pakai..isk3..tula, skang turun silat bukan nak blatih skali.dok bagi buah jer…padan muka…

maka bermulala episod diet aku…

bangun pagi, mkn oat ngan milo.kene gak sarapan. Penting nih.. masuk pukul 12 perut dah menyanyi lagu Mawi. Ok2..time makan.siap2 g café.senduk nasi sket. Eh,byk nih.takleh lebih 3 senduk.kluarkan balik siket.. ok2..takleh makan ayam,byk kolestrol.ish..sayur terung sambal nih pon byk sgt minyak..erm..aha!makan ikan bakar ngan sayur ulam jer..ok2 bagus2…(bertahan! Bertahan!)

Balik kls dlm kol 5,buat2 tak bawak duit. Malas nak turun kafe.makan roti 2 keping je,cecah ngan sup mushroom.takpon makan oat perasa ikan bilis la..makan2…erm..boleh tahan gak rupanya oat nih..eh, bila nak abis nih..alamak tak larat nak abiskan!makan tutup idung jela.lagi siket jer nih. (Bertahan! Bertahan!)

Lepas solat isyak,siap2 stadi. Tadek bende buku len nak baca, baca jela buku fizik (rasa mcm aku sorg je manusia dlm dunia yg ‘baca’ buku nih) alamak..ape bende nih.ntah apa2ntah.sapala yg ngada2 susah2 cipta fizik nih.nih yg bgg nih.rasa macam nak maa….(bertahan!bertahan!) ok2..lupa plak ader beli buah limau kat pasar.eh, dh 5 bijik dh aku telan.knapa macam lapaaaa….(bertahan!bertahan!)

‘asal intan?muka macam lain macam jer?’

‘ntahla..macam lapar la..’

‘lapar? Kita ader mee lebih. tadi.puasa tadi kan, so biasala beli mcm byk2 tapi last2 tak makan..’

‘mee? Eh janganla’(ish..byk minyak plak nih..byk btol kolestrol nih…bertahan!bertahan!)

‘takper..makan jela..nti membazir tak abis’

‘err…okla..tapi kita takleh abiskan tau.byk nih’

’takpe2.tak kisah’

………………………

’thanks eti’

’hehe..takpe.intan letak kat mana yg lebih?’

’lebih?eheh…licin.dah buang dlm tong smpah..

(bertahan!bertahan!)

*heh….tapi skang nih dah malas dah nak berdiet2. learnt the lesson already after terkena heartburn. Betapa nikmatnya makan tuh, hanya Allah yg tau. Rugi tahan2 makan nih. Kalo lapar, makan. Kalo tak lapar, jgn la sebok2 nak makan plak. Senang je. Bak kata member aku yg dietitian(kali nih i’ve got it spell right,rite?), makan biar banyak kali, tp in small amount. It’s gud for org yg tahap metabolisme dia tinggi sbb bleh supply tenaga continously. Heh…tapi seriously skang aku mmg makin suka makan. Ntahla.best kot makan tuh…

Materialisme VS Beutilisme?

Filed under: Uncategorized — figuraa at 7:37 am on Saturday, February 3, 2007

Penat seharian selepas menghantar pengantin perempuan (kakak saya lah tu) dan pengantin lelaki ke

Slim

River

untuk upacara perkahwinan di

sana

. Kenduri di rumah lelaki kali ini bukanlah meraikan satu pasangan pengantin, tapi dua. Serba biru di sini dan serba ungu di sana. Meriah kesimpulannya, sedap makanan hakikatnya dan agak haru dalamannya. Payah bila setiap mata yang memandang asyik melihat pasangan pengantin, tapi lebih sengsara bila pasti akan kedengaran kata unsur perbandingan. ”Mana satu lagi cantik? Mana satu lebih berharta? Yang biru atau yang ungu?”.

            Analoginya sudah ada.Cuma bila isu ini diperbincangkan secara perdebatan lelaki-perempuan, pasti tidak akan ada pengakhirannya. Teringin saya bincangkan isu ini, kerana ianya pernah menjadi perdebatan hangat dalam ruangan luahan perasaan di satu newspaper yang agak famous. Luahan perasaan bermula bila sang lelaki menyatakan kecewa kerana sentiasa direject oleh wanita-wanita seMelaya hanya kerana poketnya yang tidak berat walaupun hakikatnya dialah jejaka yang berhati mulia dan beriman. Katanya, cinta perempuan itu mudah dibeli dengan harta. Untuk menguji seorang wanita itu, ujilah dia dengan harta. Nyatakan yang anda adalah lelaki berhutang yang dikejar along ketika hari pertama dating, nescaya esok paginya nombor telefon wanita tersebut telah ditamatkan perkhidmatan.

            

            Benar, tidak ada wanita yang tidak suka berkenalan dengan jejaka berharta. Dan tidak ada wanita yang  tidak suka makan free setiap kali keluar dating. Tapi hakikatnya, cinta wanita itu bukanlah semurah dan semudah yang dilemparkan tadi. Seharusnya, sang lelaki memahami secara naturalnya si wanita memerlukan sesuatu yang dapat melindunginya, membuatkannya rasa terjamin. Contohnya, bukan tidak suka lelaki lebih pendek darinya, cuma jejaka yang lebih ketinggian secara tak lansung mebuatkan si gadis rasa selamat, walaupun mungkin sebenarnya si teruna tersebut berhati tikus! Jika ditanya pandangan saya secara peribadi, bukanlah perlu sangat memandang harta bergantang dari sang lelaki, keran hakikatnya wang itu upaya diperolehi sendiri. Namun, jujurnya pasti dimahukan lelaki yang bertanggungjawab dan memberi jaminan kehidupan bukan hanya pada diri sendiri, tetapi pada anak-anak dan masa hadapan. Kadang-kadang bukan harta yang menjadi ukuran wanita. Biarlah bergaji sedikit, namun kesungguhan mencari rezeki yang mampu mencairkan hati setiap wanita.

            Berbalik kepada kisah jejaka yang malang tadi. Surat luahannya memang mendapat sambutan hangat dan berpucuk-pucuk surat yang ditulis untuk berkenalan dan tidak kurang untuk berbalah dengan jejaka tadi diterima. Tapi surat yang menarik hati saya ialah apabila seorang gadis pula yang menyatakan, jika perempuan itu materialistik, lelaki juga tidak kurang beulistiknya. Pernah saya membaca surat seorang lelaki yang menyatakan sedih kerana tidak berjumpa gadis idaman. Katanya, dia bukanlah lelaki yang memilih sangat. Cuma gadis tersebut haruslah lemah lembut dengan penuh keibuan, serta sedap mata memandang. Bila ditanya apakah maksud sedap mata memandang, dia menjawab, hanya biarlah gadis tersebut manis bila tersenyum, putih, kulit gebu, cantik potongan badan dan manja! Waw! Ini baru yang dikatakan tidak memilih sangat. Bagaimana pula agaknya ciri2 yang perlu ada jika dia seorang yang memilih. Pernyataan ini benar-benar mengingatkan saya dengan kata peribahasa- ukurlah baju dengan badan sendiri. Atau paling tidak ingatlah kata- kata ’Jangan harapkan wanita sehebat Fatimah jika diri tidak seluhur Ali!’.

            Hakikatnya pada saya, carilah seseorang yang memang sukar diperolehi. Lelaki yang kaya itu ramai (termasuklah Datuk-Datuk yang memang layak bergelar datuk) serta wanita yang cantik itu pula memang bersepah-sepah. Tidak kurang juga lelaki yang kacak serta tinggi menggalah serta wanita yang penuh ciri-ciri kesopanan dan kesusilaan. Tetapi ’dia’ yang menyenangkan hati kita serta boleh menerima baik dan buruk kita seadanya yang paling payah dijumpai. Dan yang paling susah dijumpai itulah yang lebih berharga! Tetapi, rasanya lebih baik kalau masing-masing gender

cuba

untuk mengurangkan demanding. Analisis diri sendiri terlebih dahulu sebelum meletakkan syarat yang berjela-jela panjangnya. Terima pasangan dengan seadanya dia, kerana Allah yang lebih tahu kenapa ’dia’ dijadikan untuk kita.

             Bagi si teruna, jangan mudah terpedaya dengan kejelitaan dan kesantunan wanita tanpa mengenalinya terlebih dahulu. Kadang-kadang, di tempat yang cerah, kaca akan kelihatan lebih berkilau dari intan. Dan bagi si gadis, jangan sekali-kali terpedaya dan cepat cair dengan kata-kata manis sang jejaka, kerana mereka memang dianugerahkan dengan kebolehan itu. Apatah lagi bila mereka meminta mengorbankan itu dan ini termasuklah kesucian diri yg paling berharga. Cinta tak perlu dibuktikan dengan menghadiahi ’kedaraan’ kepada sang teruna. Sebaliknya jika sang teruna itu benar2 menyintai kita, dia tidak akan meminta yg bukan2, malahan cuba menjaga hubungan sebaik mungkin. Membuktikan dia bukan sahaja cintakan kita di dunia malahan di akhirat. Wallahu a’lam

p/s- artikel nih memula aku taip time kat matrik dulu untuk 1 ruangan kat 1 majalah nih (sebab tuh macam ala2 skema sket).But then i decided to hantar artikel yg len. So tak perasan plak artikel nih terkubur camtuh. But as I think tt it has a very deep n gud msg to share (terutama the bold part) , so aku add up certain things n update it back.