Kenapa kita yang dipilih?

Filed under: Uncategorized — figuraa at 7:26 am on Thursday, April 27, 2006

Seminggu berulang-alik ke library, nampaknya sem nih aku makin mula menghargai buku2 yang selama nih aku buat2 tak nampak je. Dari Faith and Practice, Islam and Justice, sampaila ke Islam n Challenges of Modernity serta berpuluh2 lagi buku yang terpaksa dicari dan difotokopi betul2 menaiktarafkan serta bakal menobatkan aku sebagai ulat buku. (serta mungkin bakal diistiharkan muflis). Herm.. started to feel the aura of tension of doing UNGS..as my friend saidla…hehe..walaupon aku masih tak berperasaan dan masih berharap utk tidak berperasaan. But as Kaey said , ‘kita mmg kene ubah cara kita stadi dan takbleh nak slamba2 cam dulu’ mula menampakkan kebenarannya…

            Cuti semester yg pendek ari tuh, I’ve went to Langkawi for about a week. Tapi bukanla utk mkn angin or apatah lagi cuci2 mata. Kunun2nya rombongan 70 org dr UIA nih dtg dgn niat nak berbakti n Hopefully we’ve successfully accomplished it. Lived dgn foster family, mak aku org

siam

n ayah aku mmg org langkawi la.. both r soo nice n I really cant bear seing them crying masa antar balik kat jeti arituh. Ader problem sket utk communicate with my mum coz dia bleh ckp bm sket2 jer. tp kenangan naik motor bertiga (mak+nawar+aku) mmg takleh aku nk lupa.ahaha..bukan slalu dpt buat kn? =P. Many experiences gained, but 1 of them tt I still remember bila aku ader borak2 ngan jiran seblah umah aku. Namanya Hajar but aku panggil kak long, even umur dia mmg sama ngan aku. Tapi kalo nak dibandingkan tahap ke’mature’an dia tuh dgn aku mmg mcm langit dan bumi agaknya…

            She told me about her life, adik bradik 9 org, dia anak sulung, kerja jd cikgu tadika PASTI utk bantu sara keluarga, gaji tak sebrapa dan bla3. tgh borak2 nih, mata kami pon sambil2 melihat tv di gerai makanan tuh. Ntah camne mulut aku gatal tanya, ‘rajin ke tgk crite nih?’ dan kak long jwb ngan selamba, ‘nak tgk lagu mana, tv pon takdak.’ Aduss…gilala aku ni. Masa tu mmg rasa nk gigit lidah je sbb tanya soklan tak relevan cmtuh. Takper2.. then borak2, dia cakap yg dia malu ngan aku sbb kununnya aku nih blaja tinggi2 tp dia nih tk seberapa jer. Aku ckp kat dia, minat tak nk smbung blaja lagi? N dia ckp mmgla minat, tapi adik dia ramai n kecik2 lagi. So rasanya cukupla apa yg dia blaja n ilmu yg dia ada tu dia sumbangkan kat tadika tuh. Aku terdiam…

            Selama nih, secara jujurnya aku rasa apa yg aku ada nih biasa-biasa aja. Tak pernahla nak rasa sgt bersyukur, sbb dlm hati dan fikiran nih sentiasa pandang org lain lebih hebat dan banyak nikmatnya dari aku. Heh…betul2 buat aku teringat lirik lagu Aishah nih.. ”halaman org tampak berseri, laman sendiri berwarna-warni tak bererti..” tapi bila aku jumpa Kak Long, betul2 buat aku sedar yg ’biasa-biasa’ tuh adalah nikmat yg sgt berharga. Betapa aku tak bersyukur dan tak penah nak fikir kenapa aku yg dipilih utk dapat semua nikmat nih? Sempurna anggota badan walau tak secantik mana, hidup selesa walau tak semewah mana, ada akal yg mampu berfikir dgn baik walau tak sebijak mana, dan masih sihat dan berupaya. Cuba bayangkan jika salah satu nikmat yg biasa-biasa nih ditarik balik?…

            Jika Allah dah janji yang setiap suatu yg berlaku itu mesti ada sebab dan tidak sia2, maka mmg tak seharusnya kita sia2kan macam tuh aja. Mesti ada sebab kenapa kita yang dipilih utk berada di sini dan bukan di sana. Mesti ada sebab kenapa kita yg diuji dengan sebegitu banyak ujian dan bukan org lain. Mesti ada sebab kenapa kita masih dipanjangkan usia sedangkan ramai bayi yg baru lahir dicabutkan nyawanya. Sama ada nikmat itu sebenar2 nikmat atau ianya hanyala ujian dr Allah, kita patut menjalankan tanggungjwab kita sebaik mungkin kerana antara keistimewaan manusia ialah kita dipertanggungjawabkn atas segala amalan dilakukan, baik mahupun jahat. Tapi dalam konteks yg lebih mudah utk aku simpulkan, jika kita yg dipilih utk belajar di sini, tidak patut bg kita memilih utk belajar sambil lewa dan berpeleseran melayan cinta2 buta…

p/s- semoga hari ini lebih baik dr semalam, serta esok lebih baik dr hari ini. Hidup ini indah jika segalanya kerana Allah…