Filed under: Uncategorized — figuraa at 7:24 pm on Saturday, October 3, 2009

When u r aware with ur own heartbeat, that’s what we called palpitation.

It may be benign, but it may be correlated with something serious. Something pathologic.

It’s not a good feeling to feel something within ur chest is beating faster n faster. U will feel uneasy. U will feel tired. U may feel nauseated. Believe me that it will border u a lot, cause i experience it most of the time.

But the good thing about it is, it makes u aware that u are still alive.

sabar

Filed under: Uncategorized — figuraa at 11:41 pm on Friday, September 11, 2009

Tgk org yg di atas, rasa jeles.

Tgk yg di bawah, baru terasa bersyukur.

Tapi kadang2, kita lebih suka mendongak ke langit, tgk bulan bintang yg cantik berseri. Nak gapai2, x sampai. Tengok, tengok, dan tengok smpai tak perasan terlanggar batu dan jatuh tersungkur.

Bila dh berdebuk jatuh, baru terperasan. Ada tanah, lumpur, rumput lalang kat bawah.

Manusia mmg macam tu kan?

Sabar intan bazilah. Dugaan ni hanyalah sedikit.

Kat  ward, ada yg hilang anak suami sekelip mata sbb ada kereta memotong sesuka hati, ada yg anak meninggal dlm kandungan time umur 5 bulan sbb kene H1n1 n tiba2 kaki kene gangrene n kene amputate, ada yg umor 10 tahun dah kene cancer tulang, ada yg umo 25 tahun tiba2 kene stroke. Kalau Dia nak tarik, bila2 masa je. Mmglah dunia nih xde yg kekal.

                “dan Kami pasti menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah2an. Dan sampaikanlah khabar gembira buat mereka yg bersabar. Yaitu org2 yg apabila ditimpa musibah, mereka berkata ‘Innalillahi wainna ilaihi rajiun’ (sesungguhnya Kami milik Allah, dan kepadaNya kami kembali)” (2:156-157)

Jadi dugaan ini amatlah sedikit berbanding mereka.

Tapi kita selalu terlupa nk bersyukur kan. Bila dh terkene batang hidung baru tersedar betapa nikmatnya setiap nafas tuh. Nikmatnya masa lapang tu. Nikmatnya harta tu. Nikmatnya umur muda tuh. Nikmatnya x sakit tuh.

Segala kesusahan, dtg dengan kemudahan. Segala penyakit dtg dr Dia, beserta dgn penawar. Mustahil pada manusia, tapi bukan pada Dia.

Kita kene  yakin je. Dan rajin meminta.

                “dan apabila hamba2Ku bertanya kepadamu Muhammad tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan org yg berdoa apabila Dia berdoa kepadaKu…” (2:186)

Ya Allah, golongkanlah aku antara org2 yg bersabar. Amin.

 

hidup itu keliru, mati itu pasti

Filed under: Uncategorized — figuraa at 8:48 am on Tuesday, July 7, 2009

Mati. Takut sebenarnya nak tulis pasal mati ni. Kadang-kadang bukan setakat tulis, nak cakap pasal mati pun boleh buat meremang bulu roma. Kalau mak, memang pantang sangat cakap pasal mati. Dari kecil sampai sekarang, janganlah nak buat-buat lawak pasal mati ni. Mesti dia akan tegur. Pantang katanya. Suwey. Mati ni jangan sebut-sebut. Jangan mintak-mintak. Nanti malaikat aminkan, macam mana?

                Kadang-kadang, memang boleh rasa lupa langsung yang mati tu pasti. Bukan main-main. Bukan hanya destiny bagi si tua. Bukan benda yang mustahil bagi si muda. Impossible bagi si sehat, cergas berseri. Macamlah mati tu kita yang tentukan. Macamlah mati tu ader peraturan. Ada had umur. Kita lupa. Kadang-kadang bukan lupa. Saja buat-buat lepas pandang. Kita mati bukan sebab penyakit. Tapi penyakit tu hanyalah penyebab kematian. Ada beza?

                Saya takut nak tulis pasal mati. Saya akui, tahap keimanan sy belum sampai utk menginginkan mati. Saya masih si tikus. Takut mati, tapi masih melakukan perkara2 seperti org yg tak takut mati. Entahlah. Berjuta kali penyesalan. Dan berjuta kali juga saya memungkiri janji sy.

                Berbicara tentang mati, membuatkan sy tiba2 teringat tentang satu puisi yg sy baca dr buku ‘mengingati mati’ di sekolah dahulu. Katanya,

                Aku hairan dengan manusia yg percaya dengan hari kiamat, tapi masih bersuka ria

                Aku hairan pada manusia yg percaya dengan qada’ dan qadar tapi masih berasa hampa

                Aku hairan pada manusia yg membolak balikkan dunia, tapi masih berlapang dada

Astaghfirullah. Sy antara manusia yg selalu lupa. Sy antara manusia yg dikaitkan diatas. Tak tahulah kenapa…

                Tapi posting IM yg lepas banyak menyedarkan sy kembali. Kerana pertama kalinya sy lihat dpn mata kepala sy sendiri bagaimana cardioversion dilakukan. Ianya lebih horror dr yg ditonton dlm Greys (yg mana alat cardiovert nya pon macam salah letak je. Haha). Sy berdiri, ingin melihat dan mengambil tahu. Dan dalam masa yg sama, rasa menyibuk kerana langsung tak dapat membantu. Dan hari itu bukanlah hari pertama saya terserempak dengan mayat2 yg diusung keluar dari ward 7 dan 8. Kita semua akan mati, bukan? Tak kira tua atau muda. Tiada exception.

                Kata org, bekerjalah kita seakan kita akan hidup selama2nya. Dan beribadahlah kita seperti kita akan mati esok. Tapi entah kenapa, kan. Sering terperasan yg sentiasa akan ada lusa utk hari sy. Membuatkan ibadah itu senantiasa ditangguh2kan.

Kawan2, igtkan sy bila sy terlupa. Kerana sy insan yg sering terlupa. Sering berazam untuk berubah menjadi lebih baik, tapi lebih kerap tersasar semula.

i just cant

Filed under: Uncategorized — figuraa at 9:16 am on Friday, April 17, 2009

I’m not a person who is good in expressing feeling. Not just not good. Maybe bad. Worse even.

I smile when i’m afraid. I kept silent when i’m mad. I look like ignorance even that i care. I laugh even that i hurt. Even that i hurt, so-so much.

Maybe there’s a problem with me. Maybe my facial nerve is not coordinated, really can’t control my facial muscle accordingly. Or maybe it’s my brain who’s not stern enough in giving order to my body. Or is it my heart? Hard like a diamond? Unbreakable unless the rite heat and material are used until it becomes breakable? Or is it my ego?

I met with someone totally stranger today. I never met her. But seeing her waiting at the balcony with the guitar at her side, really capturing my eyes for the 1st site. Forgot to mention. She’s wearing tudung. It making me remember how the odd looking people gave me when i did the same thing while i’m waiting my father at the bus station. Haha. Ok, back to her. Everytime i walk near to her, i heard she’s singing Yuna’s song. My favourite song: dan sebenarnya. So i just sat there while waiting my friend to come. And there the conversation began.

First, we just talk about music, until i received my friend’s phone call. Then i came back. And she said, “why are u keep smiling?” i am immune with this question actually, but when it came from someone totally stranger, making me freaked out for a few seconds. It must be that obvious, then. I said to her, this is me. And it is a big problem for me tt i cant change. Then she said. “It’s gud for u”. Coz for her, when she’s in mood swing, she just cant smile. At all.

I missed the chance to answer her as suddenly my friend appeared in front of me out of nowhere. So the conversation ended with waving exchanged.

But i really want to answer her. Really want to tell her.

Really want her to know tt how on earth i want to slam the door when i’m angry. How i want to stay silent when i’m afraid. How i want to cry out loud when i hurt. How i want to ignore someone when all left are hatred. How i want to admit tt i love someone when i do so. How i really want to hug someone to show how much i care. How i wish to not smile when my heart doesn’t. But i couldn’t. I just cant. I dun have tt much strength to express what i feel.

I simply dun know why i cant.

But i just cant. And i’m sorry for tt.

               

hurmm..lelaki ke?

Filed under: Uncategorized — figuraa at 8:50 am on Thursday, December 25, 2008
Ok. Sebelum apa2 andaian dibuat tentang apa yg sy cuba perkatakan ni, sy ingin men-declaire-kan bahawa apa yg sy tulis ini tiada kene mengena pada mana2 individu. Maaf juga jika byk kata2 sinis dilontarkan. Ini Hanyalah pendapat peribadi sy. Sekian, terima kasih.
Pada minggu yg lepas2, sy telah dibawa oleh rakan  sy ke satu tempat makan y agak asing, tapi UNIK. PELIK (bagi sy), tetapi BENAR. Setelah hampir 1 jam membuat tawaf di Bandar tmpt sy belajar gara2 kebanyakan tempat makan tutup dek cuti hari raya haji yg berlebih2an, akhirnya teman sy bertekad utk bw sy (kami sebenarnya) makan di satu tempat  yg diwar2kan sedap dan istimewa. Sy hanya menurut. Org belanja, takkan nak byk songeh pula, kan?
Cantik! Itu perkataan pertama yg terlahir di hati sy tatkala melihat tempat tersebut. Punya bot di tepi sungai yg boleh disewa, juga punya open air seat (Cuma malam itu hujan lebat) serta tiang2 lampu yg boleh dikatakan membantu menampakkan tempat itu seperti ada ‘kelas’ gitu. Sy sudah pun berkira2 utk menghafal jalan ke tempat makan tersebut, berhajat untuk kesitu lagi nanti. Didatangi oleh pelayan wanita yg sopan meminta order. Ermm.. Nampak tiada yg berbeza sehinggalah sy menyedari yg lelaki2 yg makan disitu semuanya berbadan sasa belaka..fuyooo…. dan…bertindik! semua! Juga setelah dibisik2 oleh member, baru sy terperasan bhw wanita2 pelayan mahupun tukang masak di kedai itu bukanlah wanita seperti sy. Mereka adalah… ‘wanita-wanita’! o o!. siren kecemasan sudah berbunyi di kepala sy. Run for ur life!!!!
Ok. Overexaggerated. Sbenarnya sy n kawan2 masih dgn selambanya mkn disitu. I’ll be safe, rite? Yg tak selamatnya kwn2 lelaki sy la. Huhu.. ok2.. btw, bukan tmpt makan nih yg sy cuba nak tekan kan. Nmpk tak scenario nih. It happens. In Malaysia, even in kuantan yg sekangkang kera tuh. Ok, whatever ~~. Of course sbenarnya lagi teruk di sesetengah tmpt which some kept underground, n some are over-showing. Tuh tak termasuk pesta gay yg… MasyaAllah. Berilah petunjuk pada mereka yg konfius itu! But when it happens in front of my eyes, i just cant ignore it n say, adatlah tuh. Dunia dah maju, zaman dah berubah.. what’s wrong, will still be wrong, rite?
It makes me remember a minute part in p/s i love u story, which tt woman (xigt nama dia but let just call Julie) is about serious to search for his partner life. So in one party, dia adakan ujian saringan berdasarkn 3 soalan utama dan satu ujian praktikal (ujian nih agak2la sendri ye). Kalau pas soalan 1, br ditanya soalan kedua dan kemuadian ketiga. Berjaya lepas semua soalan, barulah ujian praktikal dijalankan. Ok2. Soalan pertama. ARE U SINGLE? Kedua, ARE U A GAY? Ketiga, ARE U WORKING? Ermm… means tt, if u r single, it must be something wrong, either u r a gay or u r not working .
Bunyik macam kelaka je soalan tuh. Tapi rasanya sekarang macam mmg kene ada soalan nih dlm list when someone try to approach u. GEL! Why? (dgn suara yg sedih).Sungguhla susah zaman sekarang ni. Sudahla lelaki tak ramai, yang ada pon banyak melepak dalam pusat serenti or lokap, kemudian yg saki baki pulak kebanyakannya KONFIUS ttg POTENSI or POTENCY diri sendri? Ouch!!!
Baiklah. Isu ini bukan sj melibatkan lelaki (maaf ye, sy sudah bias dari awal2 lagi), tetapi juga melibatkan perempuan. Pelik jugak. Sedangkan kucing di rumah pon pandai mengawan jantan betina, inikan pulak manusia. Oh, lupa pula. Manusia kan punya AKAL, yg kadang kala terlampau byk pula berfikir. Fikir2 hati ini lebih mencintai kaum sejenis, bukan yg berlainan jantina. Sudahnya, kejadian di zaman nabi Luth a.s berulang lagi. Sy teringat tazkirah ustaz sy di waktu sekolah lepas Maghrib dulu. Sebabnya Dia tidak menurunkan bala direct kat kita  (sesuatu kaum) bila kita berbuat dosa ialah kerana adanya warga tua, kanak2 dan tumbuh2an. Terima kasih kepada warga emas kita  walaupun kebanyakan mereka kini melepak di rumah org2 tua. 
Sy tau, mereka2 yg terlibat punya beribu alasan utk back up mengapa mereka menjadi begitu. Bukan pinta mereka utk jadik begitu, punyai naluri begitu. NALURI INI MEMBUNUHKU. Sy tahu itu semua. Entahlah. Berat mata yg memandang, berat lagi bahu yg memikul (agaknyalah). Tapi sy masih percaya yg there’s must be something wrong somewhere. This thing not JUST HAPPENs congenitally. Bukan lahir2 dah ada naluri macam tuh. Kalau mmg dh dilahirkan khunsa lainlah pula ceritanya. Chromosome dh jelas. Either it be XX or XY. Sedangkan yg punya chromosome XXY pun masih punya naluri yg jitu walaupun physicalnya agak carca marba. It must be ‘something’ wrong somewhere, rite? Either it be the environment, media, social. DIDIKAN AGAMA? IMAN???  Ermm…Juga zaman sekarang yg membenarkan segala benda yg PELIK sebagai BIASA-BIASA AJA?
 

hatiku seperti laut

Filed under: Uncategorized — figuraa at 8:10 am on Friday, December 12, 2008

i wrote this poem when i’m in matric. when my world really on upside down. when i felt totally empty. when i’m confused about who i am. when i feel very bad. when i kept crying for no reason. this poem came out.

 

n now, i feel the same feeling as that time. n still, this poem make me cry…

Hatiku seperti laut

Imanku bak kaca

Bila diingatkan, teringat

Bila dibiarkan, terlupa

 

Cintaku pada ilmu hanyalah duniawi

Lupa tentang erti hakiki

Kemanisan iman hanya mampu kupelajari

Namun belum pernah kurasai

 

Tegasku tak pernah lama

Ajakan menggoda, terusku alpa

Maluku hanya sementara

Berbisik syaitan, robohlah jua

 

Umurku semakin tua

Namun ikhlas belumku jumpa

Taubatku sebentar, maksiatku sentiasa

Digamit dunia, lupaku tentang neraka

Ujian menimpa, baru kusedar erti hamba

 

Ajalku entah bilakan tiba

Bersediakah aku bila tiba masanya

Sayangkah lagiku pada dunia

Jika semuanya hanyalah ilusi semata

 

Islamkah aku hanya pada nama?

tak cukup2 lagi ke?

Filed under: Uncategorized — figuraa at 9:26 am on Saturday, November 8, 2008

 

Pernah tak bila terlihat seseorang yang mengingatkan kita bahawa dia memang dilahirkan untuk menjadi model? Slim, cantik, rambut natural rebonding, mata bulat, hidung mancung, tinggi 6 kaki ke atas. Easy word, perfect. Kadang-kadang membuatkan kita terfikir, kenapa ada yang dilahirkan begitu perfect dan ada yang tidak. Ada yang dilahirkan dengan begitu banyak kekurangan? Bibir sumbing, cacat anggota, terlebih anggota (khunsa contohnya), dan bermacam lagi yang dianggap sebagai kekurangan.

                Pernah tak terbaca tentang genetic engineering, which, one of the so called ‘advantage’ is mak ayah boleh pilih gene anak dia. Nak mata bulat macam Drew Barrymore, bibir macam angeline jollie, hidung macam shah rukh khan, kening macam akshay khanna, dan bermacam-macam lagi feature yang boleh dipilih2 seperti membeli ikan di pasar. Semua dengan satu tujuan. Nak jadi cantik. Bukan setakat cantik, malahan cantik yang perfect!

                Sudah menjadi trend, semua orang begitu fanatic untuk menjadi cantik. Sehinggakan permintaan untuk melakukan pembedahan kosmetik sudah menjadi seperti pembedahan appendic. Alhamdulillah  masih terjaga di Malaysia, namun tiada bezanya dengan suntikan botox di sana sini. Adakah kita terfikir, bahawa apa yang Allah telah kurniakan kepada kita itu tidak cantik? Adakah kita sedang berusaha memodifykan apa yang kita anggap sebagai kekurangan dan ingin menyalahkan Dia kerana mengurniakan ‘kekurangan’?

                Tahukah kita bahawa ciptaan Allah itu sendiri sudah begitu perfect. Contohnya, pada usia fetus 6 minggu, masih belum lagi berbeza anggota sex sama ada lelaki ataupun perempuan. Dengan hanya rembesan hormone pada ketika itu, yang akan menentukan jantina kandungan bayi dilahirkan. Sama ada lelaki, perempuan, atau kedua-duanya. Bayangkan perkembangan bayi yang sangat complex, di mana satu turutan pon tidak boleh tertinggal. Subhanallah, tak ke perfect namanya tu…

                Mungkin juga ada yang mengungkit, kenapa dia tak cantik seperti si fulanah, tak sepandai si fulan, tak sekaya si fulan. Adakah maksudnya Allah tu tidak adil?

bukan anak halal

Filed under: Uncategorized — figuraa at 8:13 am on Tuesday, October 7, 2008

Kisah ini hanyalah picisan dr kisah2 harian, yg ingin sy kongsikan agar dpt diambil ikhtibar. Bukan bermaksud membuka aib (pastinya identity yg terbabit dirahsiakan), tetapi sekadar mengisahkan semula sesuatu yg mungkin berguna kepada semua…

Antara tugasan ‘killer’ posting O&G ialah menghabiskan case presentation sebyk 10. Ke hulu ke hilir mengejar doctor, bersedia utk direject atau didgr case tersebut. Maka antara cara yg mudah utk kami mencari kes adalah ketika berada di klinik O&G specialist, isnin dan selasa. Berebut kes2 baru, clerk patient dan present kepada doctor.

Maka di suatu pg di clinic, sy didatangi patient  22 thn, unmarried, yg chief compainnya adalah amenorrhea(x dtg period) for 8 months duration. Kes ni refer dr klinik swasta yg agak famous, & dr surat tuh mengatakan pesakit disuspect menghidap polycystic ovarian syndrome (PCOS). Mungkin sy sudah agk bias bila sudah membaca surat tersebt, makanya soalan2 sy lebih terjurus kearah mengconfirmkan penyakit itu. Pastinya, period pesakit tersebut mmg irregular. Sejak baligh umur 12 thn, periodnya hanya datang 2 kali dlm setahun. Sy tanya, mengapa kali nih br dtg pergi klinik? Katanya, kerana dia juga perasan cepat rasa letih dan kali ni sudah agak lama tak dtg period dr yg biasanya.

Baiklah. Sy meneliti ciri2 yg boleh mengaitkan pesakit dgn PCOS. Mmg dia ada hirsuitism (bulu bdn lebat), mengaku perut ada rs kembung dan period yg sgt2 irregular. Selain tuh, dia juga ada mengadu muntah2 namun katanya ianya sejak lepas pembdahan sbb eksiden awal thn dulu. Mata dia cpt blur, dan lagi katanya… dia rs kat breast dia nmpak salur darah.

Kerana tiba2 sy rasa begitu byk pula sakitnya pesakit ini, sy mula mengabaikan sebahagian darinya. Mesti pesakit ni nosophobic (takut sakit), bisik hati sy. Tapi utk melengkapkan soalan, sy bertanya isu sensitive yg mmg susah tetapi wajib ditanya.

“maaf sy bertanya. Soalan ni mungkin sensitive siket. Tapi wajib tanya sbb cik dtg dgn tak dtg period kan… ada pakwe kan? Sy nmpk kat luar td..errr… Pernah buat ke? Maksudnya..pernah bersma?”

Dia lantas menggeleng. “eh takla…sy tak wat…”Baiklah. Lega sy. Lagipun tak mungkinla. Dia mmg kelihatan sepeti gadis yg baik2 saja. Betudung litup.bersopan santun. Sy sgt senang dgnnya. Maka sy hampir 98% yakin yg dia benar2 mengidap PCOS

Bila present case kat DR Han (He’s fr Myanmar), beliau pon turut sependapat dgn sy. Kami betul2 teruja utk melakukan ultrasound scan. Mengharap dpt melihat ovary yg berketul2 banyaknya. Sebaik sj baju diselak dan abdomen didedahkan, sy terus perasan perutnya agak tidak flat. Tapi takla distended sgt. Itu sj .tiada tanda2 lain.TIADA! Kami semakin yakin yg ‘mass’ itu adalah dr ovary

Sebaik sj scan diletak… sy Nampak tulang belakang. Oh tidak… sy & DR han saling berpandangan. SHE’S PREGNANT! Mungkin kerana sgt kelihatan muka kami berubah, pesakit bertanya. Cuak. Kenapa doctor? Ada apa? DR Han tanya kembali, “awk tak dtg period 8 bulan, awk tak tau lagi ke?” Dia menggeleng. Memandang sy menginginkan kepastian. Sy pula…

“DR han, show her the fetal heart. Maybe she’ll understand”

“ya…i’m looking for it”

Dan sebaik sj fetal heart dijumpai, Dr han pon berkata…”adik, ni jantung baby. Awak mengandung. Dah nak masuk lapan bulan. Awak tak pernah tau ke sebelum ni?”

Terperanjatnya dia, hanya Dia yg tau. Sy dpt kesan matanya sedikit berkaca. Sy terdiam sejak mengetahui kebenaran. Kecewa. Bengang. Kecewa ditipu. Kecewa mempercayai. Bengang dgn klinik swasta yg famous tuh sbb takkanla tak buat pregnancy test bila org mengadu tak dtg bulan. Bengang dgn diri sendri sbb letakkan pregnancy di list kedua. Marah dgn dr sendri sbb mengabaikan aduan2 yg lain yg sy kira hanyalah tak related. kecewa kerana begitu banyaknya kes  anak luar nikah yg sy terpaksa jumpa.

Ya Allah Dr intan bazilah… she’s amenorhhea, vomiting, lethargy, has breast tenderness… what else it could be?

Mungkin perubahan wajah sy begitu ketara, sehingga Dr Han menegur sy..

“its ok. Dun blame her. Dun judge her. U advice her wat to do after this”

Sy tersedar. Astaghfirullah.. DR han yg bukan islam pon boleh berkata begitu. Mmg xpatut sy judge dia. Maka selepas itu, sesi consultant dijalankan oleh sy memandangkan Dr han tidak begitu fasih berbahasa melayu. mungkin juga lebih sesuai dikatakan oleh saya yg seusia dan seagama dengannya…

“awak tau x apa nk buat lepas nih?”

“x.sy kene buat apa?”

“kandungan awak dh masuk 8 bulan. Lepas nih, pergi klinik, buat buku merah. Kalo nk privacy sket, kenela kumpul duit, pergi klinik swasta.”

“ohh..”

“sy mintak sgt2 nih.. walau apa pun, tolong jgn gugurkan baby nih. Dh 8 bulan, bahaya. Mcm mana awak nk bgtahu parent awak ni?”

“tak tahu. Entahlah… dahla nak raya..” mukanya cuak. Matanya berkaca semula…

Simpati mula menebal di hati sy. Bukan hak sy utk judge dia. Bukan juga hak org lain. Hanya Dia yg lebih tau dan berhak..

Maka satu persatu nasihat meluncur dr bibir sy. Cukupla sekadar nasihat sbg rakan, bukan doctor, dan bukan juga tazkirah dr ustazah. Nasihat ikhlas dr hati sy yg cuba memahami…

Kita manusia, mmg tidak lari dr membuat kesilapan. Apalah nama manusia, kalau tidak lupa. Teringat sy kata2 dr blog teman lama. Bezanya org mukmin dan fasiq bukanlah kerana tidak berbuat dosa. Tetapi mukmin itu bertaubat, dan fasiq itu tidak. Dia membuat kesilapan, dan Allah membuka ruang sebesar2nya utk dia bertaubat. Sy mungkin tidak kelihatan membuat kesilapan sebagaimana dia, tapi mungkin kesilapan2 yg lain jika ditambah, bersamaan atau berlebihan dr kesilapannya…

Astaghfirullah…

 

 

 

 

dekatnya Dia…

Filed under: Uncategorized — figuraa at 10:21 am on Sunday, September 21, 2008

Saya rindu. Rindu dengan sesuatu yg pernah sy kecapi dulu. Sesuatu yg sy x tersangka akan pernah dirasai. Dan rasa itu hilang sekembalinya sy ke sini. Sekembalinya sy ke dunia sebenar ini. sy rindukan kaabah. rindukan kedamaian di situ. rindukan ketenangan di situ. rindukan sahabat2 di situ.

membaca buku Tunggu Teduh Dulu tulisan penulisan kegemaran sy Faisal Tehrani, benar2 membuatkan sy rindu utk kembali ke situ. entah mengapa, bila kembali ke sini, hati terasa jauh dariNya, tidak seperti ketika berada di situ.

tp sy terlupa. Kaabah bukan perantara sy dan Dia. Sy tidak memerlukan kaabah utk rs dekat dengannya. Dekatnya Dia dgn hambaNya seperti dekatnya internal jugular vein dgn jantung kita. Dekatnya mulut dgn telinga kita. Dekatnya Dia… tiada jarak walau seinci pon daripada kita…

sy terlepas pandang. Sy buta. Sy si buta yg telah diberikan pancaindera sempurna. Tapi masih tidak dpt melihat. Kabur. Kelam. Gelap. Sy si gadis cengeng yg cepat menangis. Cepat mengadu, dan cepat meminta padaNya. Dan juga si gadis yg lambat menyedari betapa selama ini Dia sering memujuk sy. Sering melayan kerenah sy. Tak pernah biarkan sy terkapai2 keseorangan…

teringat bila sy tensen sgt2 hingga menitiskan air mata kerana stadi suatu tika dulu. Tiba2 bertalu2 panggilan dan SMS dari kwn2 baik sek men dahulu. Dari Jordan, indon, utp, usm… tiba2 mereka tergerak hati teringatkan sy dan bertanya khabar. Sahabat2 ini jugalah yg dulunya menjadi pendengar setia masalah sy, dan kini tiba2 masih menjalanka tugas yg sama. Siapa lagi yg menggerakkan hati mereka kalau bukan Dia?

Ketika kereta pinjaman sy mati di tgh jln gara2 kehabisan minyak di pukul 12.00 mlm. Tiba2 dtg 2 org jejaka yg budiman menolak kereta ke tepi jln, membonceng motor membelikan minyak serta membelanja. Siapa lagi yg menghantar mereka kalau bukan Dia? Igt lg tatkala lelaki itu bertanya, macam mana kalau sy tak tolong agaknya? Sy senyum je sambil menjawab, sy tau pasti akan ader pertolongan dr Dia. Encik adalah org yg baik yg Dia hantar utk membantu sy. dia terdiam dan akhirnya tersenyum

Serta ketika sy menangis sendirian di surau MOPD, kerana pagi2 lagi sudah dibasuh sedahsat2nya dengan nurse, kemudian pesakit dijaga utk conduct delivery dari awal pagi terpaksa dimasukkan utk c-sect, sambungan pesakit yg dijaga dari maghrib melewati malam juga dimasukkan utk c-sect kerana 2ndary arrest. Hampir tak terdaya sy menahan 1 hari itu. Sy menangis sesungguh2nya dlm hati, menahan sabar. Manahan rasa ingin putus asa.Tiba2 rezeki dtg tiba. 2 pesakit yg dtg entah dari mana tiba2 sudah fully, menanti org menyambutnya. Sy menyambut keduanya secara berturut2, hanya sempat berehat menukar glove yg baru. Mana lagi rezeki ini kalau bukan dari Dia.

Setianya Dia memujuk sy. Dan setianya Dia mengingatkan sy supaya tidak berputus asa. Setianya Dia menemani sy menjalani hidup yg sukar buat sy ini. Cuma selama ini sy terlepas pandang…

 

please forget me, so i can forget u

Filed under: Uncategorized — figuraa at 5:54 am on Tuesday, August 19, 2008

It’s only a matter of time. Lets time heals the pain. Lets time erases the memory. Lets time console the heart. Lets time makes me forget the thing that i want to forget. Lets time makes me cant remember the person that i need not to remember.

Yes, i am avoiding. I am hiding. If that the only best choice left. I want to be invisible. Makes people forget about me. Forget how i look. Forget my laugh. Forget my smile. Forget my name. Forget about me. so that i can forget about the person that i want to forget. Forget about the person that i need to forget.

I try to act tough. Trying hard to act strong. Acting like nothing happened. Just like nothing changed. Being immersed in my world. Tormenting myself with workloads. Keep smile on the face. Never shade laugh from my words. Spending as much time with patients. Trying so hard to sooth the patients’ pain. So i can forget of my own. Trying hard to make them smile, so that i can keep smiling.

I want to be invisible. I wish i am invisible. So that u can forget my existence, and i can forget yours. So that u will stop looking for me, and i can let u go easily. Forget the pain. Forget the sensation. Forget the words. Forget the feeling.

I know i am the friendship spoiler, but that’s not something that i plan. Not even something that i want.

Next Page »